Wednesday 18 March 2020

resepi cucur bawang ranggup

resepi masa berkurung covid 19.

x payah byk intro terus ke resepi yek

1.  secawan tepung gandum
2.  sesenduk kecil tepung jagung
3. sesenduk kecil tepung beras
4. sesudu kecil bicarbonate soda
5. 1 bj telur
6. sesudu kecil garam
air secukupnya
gaul2

apa saja sayur yg anda mahu letak di hiris halus2 semua ni optional yek

1. carrot
2.kobis
3. bawang merah
4. ikan bilis

basuh dan gaul rata dalam bancuhan tepung.



panaskan minyak secukupnya..biar bagi tenggelam. pastikan minyak dah panas baru masukkan bancuhan tepung

bancuhan tepung masuk dlm.minyak guna senduk kecil, masuk dari tepi kuali. biar seketika dan tolak masuk jetengah minyak, dan baru senduk masukkan bancuhan yg lain.. jadi ia x melekat dgn satu sama lain.. ada faham kaa


goreng hingga garing dan hidangkan dengan sos cili atau sambal goreng. pasti terangkat dan krup krap krup karap. selamat menjamu selera




Tuesday 22 January 2019

Masak masa rajin. 
Hari ni hari rajin. Esok x tau lagi..
Menu hari ni adalah daging masak hitam

X payah cakap byk2 kita teruskan dgn bahan2nya

1. Daging yg dipotong nipis2 .
 3 org makan
2. Bawang merah 3 biji besar 
3. Bawang putih 6 ulas
4. Seinci halia
5. Sedikit lengkuas -optional
6. Serai -optional
7. Cili kering dalam 4 biji +sedikit bunga lawang dan kayu manis
8. Buah keras -optional- ni utk memekatkan kuah
9.Tomato sos atau asam jawa
10. Kicap masin
11. Optional nak boh kicap manis/ sos tiram

Okay..
A. Masuk bahan-bahan no 2 hingga no 8 dlm blender... Blend sampai hancur boncai

B.Rebus daging yg d hiris nipis 10 minit

C. Panaskan minyak.. Sila letak minyak byk sedikit ya
 Tumis apa yg dlam blender tadi
Biar dah bau harum dan sedikit garing

D. Masukkan daging yg d rebus tadi.. Tanpa airnya atau dengan sedikit saja dan kacau

E. Masukkan  kicap masin/ kicap manis/sos tiram dan sis tomato

F. Masukkan gram dan gula secukup rasa akk x letak sb dah cukup masin manis dgn kicap tadi

Jika suka boleh masukkan buah tomato dan cili besar yg d potong.

Masak sampai empuk..dan agak kering. Jika mau lbh kuah tambah sedikit air rebusan tadi
Minyak yg lebih bolehlah dibuang ya...


Dah siap
Sekian resepi hari rajin
 Ok bye

Ada orang letak jintan manis dan jintan putih dlm tumisan.. Hari ni kita x letak

Thursday 21 July 2016

Resepi gulai ikan nasi dagang

Salam pertemuan buat kali ke3. Hari tu ada janji nak buat keras tangan, tp sibuk lah pulak. Ok beb akak masak lagi. Dah sah dan sahih hari2 kena masak ya tak.  Kali ni resep nya ikan masak gulai ala2 lauk ikan nasi dagang

Bahan2 utk u alls sediakan adalah seperti berikut

1.  Bawang merah besar 4 biji
2.  Cili kering 5 biji
3. Halia seinci
4. Lengkuas seinci di ketuk
5. Asam keping
6. Ikan tongkol sederhana besar dipotong. / 6 ekor ikan kembung sedehana besar
7. Timun dipotong panjang2 dalam seinci
8. Serbuk kari ikan sesudu besar
9. Kunyit debu 1 sudu teh
10. Cili api 6 biji

Bahan 123 blend

Tumis bahan yang di blend sehingga agak garing. Masukkan lengkuas dan rempah kari ikan sesudu besar dan juga serbuk kunyit 1 sudu teh , tumis hingga naik minyak.
 Biarkan sebentar masukkan air secawan. Masukkan asam keping 1  keping je tau. Nanti masam sangat.

Masukkan ikan dan timun. Biarkan dia boiling sampai timun tadi agak2 lembut

Barulah masukkan santan dua cawan dan air secawan. Kuantiti ni korang agak2 la ya. Ikot suka nak pekat ke x. Tapi lepas masuk santan jgn stop tradisi kacau mengacau dlm periuk tu ya. Masukkan cili api, x kisah la yg ijau ke merah dik non.
 Bila dah menggelegak, masukkan garam dan sedikit gula untuk ganti pak aji yg kurang sihat tu k. Biarkan sebentar dan bolehla tutup apinya. Itu saja. Bye2. 

NOTA: untuk ikan tongkol lagi sedap sebelum masak, anda rebus separuh masak dengan asam keping dan sedikit garam.gulai ni kalau di masak awal dan disimpan akan bertambah powernya.


Yg penting pinggan yg di guna tu pinggan pemakan sihat...he he. Ko hado?hidang ngan sambal belacan. Nampak x petai jeruk tu.. nanti akak update camana nak buat beliau ya.

Tuesday 19 July 2016

Resepi asam pedas seafood

Assalam. Kembali lagi dlm keluaran kedua page i... i gitu.....
Kali ni  akak nak share resepi yg di olah dari blog2 yg lain. Mohon share ya
Resepi ni tangkap  muat apa yg ada dlm fridge. Bahan yg terpaksa di sebut ialah...

1. Ikan pari@ ikan kembung @ tenggiri mana2 yg anda ada
2. Any seafood udang @ sotong
Basuh bersih dan ketepikan

Part 2 (ini untuk 4 orang makan)

A.Bawang merah 4 biji kalau kecil tambah sebiji dua lagi. Bawang merah ni its okay kalau lebih dia akan pekatkan kuah

B. Bawang putih 4 ulas

C. Serai 2 batang dititik/ dihenyak2 secukup rasa

D. Halia seinci atau separuh jari gitu...

E. Cili kering secukup rasa /10 tangkai

ABDE  ni semua d blend kasi lumat.serai yakni bahan C x pyh blend. Kalau blender korang x brapa mahal or kurang performancenya sila masukkan minyak masak sikit masa blend, jangan lupa masukkan air juga.x payah byk airnya cukup sebagai agen pelumat korang. Ada faham???

Part 3

Panas kan sesenduk minyak masak. Tumis bahan yg telah diblend tadi, dan serai.
Tumis ni perlu lama dan betul naik minyaknya. Kalau takot ter hangit sekali sekala masukkan air. Akak menumis ni biasanya dlm 10 /15 minit barulah okay.. masak asam pedas ni mengikut pengalaman taraf tadika akak, perlu ditumis sehingga kering dan masak betul2 cilinya. Baru ada umphh.
Setelah kering dan naik minyak bahan yg diblend tadi masukkan 
air asam jawa. Kalau pakai asam jawa adabi yg telah diproses tu, masuk dlm 1 setengah sudu mkn. Letak belacan sesudu teh kalau suka.Kacau2
Bila dah sebati kacauannya masuk dua cawan air
Bring it to boil. Bila dah boiling tu leh la masukkan ikan, bendi , terung dan tomato.
Biar dia mendidih sekejap. Masukkan air secukup kuah yg korang nak.Bila nampak bendi dan seangkatannya dah nak melembutkan diri, masukkan daun kesum,limau purut3/4 helai dan bunga kantan(potong 2 bunga ni dik non).masak kali ni akak x letak bunga kantan coz x de dalam simpanan. Next gaji baru akak beli..he he

Bila dah nampak daun kesum tu dah melayukan (melayu?) dirinya, sila campakkan udang dan sotong yg anda ada. Jangan lupa garam dan sedikit gula secukup rasa...pak ajinomoto pun ikot suka nak boh ke x. Akak x boh.Bila udang dah bertukar warna . Leh la tutup api tu. Udang x mau lama sangat masaknya nanti keras kejung.

Nota: kalau mahu asam pedas ni lagi kaw, masak malam sebelumnya. Perghhh sedap x terkata

Bahan2 utk di shopping
1.seafood secukupnya
2.bwg merah besar(4 biji)
3.bwg putih(4 ulas)
4.halia(seinci)
5.serai(2btg)
6.daun kesum(seikat kecil)
7.bunga kantan(1 bunga)
8.cili kering(10/15 biji)
9.limau purut(4 helai)
10.belacan(1 sudu teh)
11.asam jawa(1 setengah sudu makan)
12.Tomato 2 biji besar potong 4
 Rasa sendiri kalau kurang masam leh tambah lg asam jawa atau tomato

Hasilnya


  Jumpa lagi tau. Jangan lupa share dgn semua. Juga sila lah daftarkan diri anda dan anak anda di tadika akak. Insya Allah mesti pandai dan berilmu. Sama2 kita menimba ilmu di keluaran yang akan datang. Rasanya x mau masak, nak buat keras tangan taraf tadika lak. Bye2 jangan lupa cium tangan ibu ayah dan cikgu kalian .ewahh. 

Resepi donut mini simple dimple

Assalamualaikum. Hari ni hari pertama saya nak menulis blog. Kalau tersalah minta maaf awal2 ya... dengan bunyi bising kanak2 sekeliling lagi. Ni pun dah nak blk dah. Kenapa  blog ni dinamakan dapur tadika? Sebab sy ni kerja di tadika, berminat nak menulis, memasak dan do something creative. Harap2 dapat lah menulis dengan jayanya, ye tak? He he.
Hari ni nak share apa yg saya buat pagi tadi.. sempat ambik gamba ualls
Donut mini. Lembut walaupun dah sejuk. Biasala budak2 x mkn yg panas2.
Sy akn terangkan step by step cam sy ajar kanak2 tadika k. Mana la tau ada yg adik2 yg baca ni x pandai lansung aka br blajar masuk dapur gitu (sama la dgn sy. )

Bahan2nya mudah saja
 1. Yis kering (tengok expiry date ya kalau lama x naik nanti)
 2. 2 sudu besar gula
 3. 2 sudu besar susu pekat manis
 4.1 cawan penuh air suam

Bahan2 1,2,3 ,4 dicampur together, kacau2 sikit. Put it aside biar dia berbuih2 dalam 10/15 minit gitu.

A. 4 cawan gandum ( guna cawan yg sama dgn air suam)
B. 1 sudu teh garam
C. 2 sudu besar bikarbonit soda
D. Butter agak2 2 jari dr sebuku butter

Bahan2 ABCD digaul sehingga jadi cam serdak dan rasa lembut d tangan

Selepas tu tuangkan bahan 1234 kedalam mangkuk ABCD gaul sehingga jadi doh. Doh ni mmg lembik sikit tau. Bila dah jadi doh biarkannya 1 jam u alls. Tutup dgn kain bersih. Biar dia alone tau jgn kacau....

SATU JAM KEMUDIAN 

Setelah bg privacy pd doh tadi dia akan naik dlm setengah kali ganda. Apakata kita tumbuk2 sikit bg lps geram.... sikit2 je tau tumpuk dia utk buang angin dlm doh tersebut.
Ambil sedikit doh yg dah berubah jadi mkn lemah lembut tu, canai. Lepas tu tekap guna apa2 acuan yg anda ada. Sy guna acuan biskut tart je. Lepas tekap bulat yg besar tekan guna yg kecik sikit utk buat lubang ditengah2. Selepas tu , tabur sikit tepung gandum di atas loyang dan susun donut mini yg separuh jadi tu. Susun dik cantik2 lepas tu tutup dgn plastik atau ngan tuala bersih. Bagi dia dok beramai2 d situ lebih kureng 30 minit lg.

Sabar2 dah nak siap ni....
Sambil tunggu 30 minit ni, korang layanlah apa2 drama ke, google resepi utk mkn malam ke. Nanti next show sy nak share resepi yg sy buat utk mkn mlm ni iaitu asam pedas seafood.

Eh dah 30 minit sudah......😁

Panaskan minyak masak, lepas minyak dah panas leh la goreng donut mini korang yg dah jadi gebu2 gitu( doh akn naik tinggi sikit dari yg korang canai tadi)
Kecilkan api pada taraf paling low. Kalau rasa byk sangat production yg telah d buat, goreng separuh masak je. Yg separuh masak tu korang leh frozenkan dan guna bila perlu. Yg nak d ngap goreng sampai golden. Toskan dan golekkan donut dlm icing sugar atau gula biasa yg korang kisar jadi halus.

Taddaa dah siap. Selamat menjamu dan berselera mkn bersama2 love ones.


Ni gamba2 yg sempat akak snap
Bahan2 ABCD
Bahan2 1234
Kedua duanya disatukan
Doh ditutup sejam
Ambil sikit doh yg dah lembut tu canaikan. Jangan nipis sangat, canai tebal sejari
Nampak x akak guna apa? Pakai je apa yg ada.kalau x de ni bentuk pakai tudung botol ke pakai tangan pun boleh


Susun dan tutup 30 minit. Doh ni akan naik sikit. Lps naik boleh lah goreng sampai kekuningan. Toskan minyak dan tabur gula halus. Bon appetit!!
 Jumpa lagi di keluaran yg akan datang.. selamat ber tadika. Kalau x pergi tadika cammana nak pandai baca ya tak. Sian cikgu sekolah rendah nak mengajar... eh melalut pulak. Peace on earth!!!!😍😍😍