Tuesday 19 July 2016

Resepi donut mini simple dimple

Assalamualaikum. Hari ni hari pertama saya nak menulis blog. Kalau tersalah minta maaf awal2 ya... dengan bunyi bising kanak2 sekeliling lagi. Ni pun dah nak blk dah. Kenapa  blog ni dinamakan dapur tadika? Sebab sy ni kerja di tadika, berminat nak menulis, memasak dan do something creative. Harap2 dapat lah menulis dengan jayanya, ye tak? He he.
Hari ni nak share apa yg saya buat pagi tadi.. sempat ambik gamba ualls
Donut mini. Lembut walaupun dah sejuk. Biasala budak2 x mkn yg panas2.
Sy akn terangkan step by step cam sy ajar kanak2 tadika k. Mana la tau ada yg adik2 yg baca ni x pandai lansung aka br blajar masuk dapur gitu (sama la dgn sy. )

Bahan2nya mudah saja
 1. Yis kering (tengok expiry date ya kalau lama x naik nanti)
 2. 2 sudu besar gula
 3. 2 sudu besar susu pekat manis
 4.1 cawan penuh air suam

Bahan2 1,2,3 ,4 dicampur together, kacau2 sikit. Put it aside biar dia berbuih2 dalam 10/15 minit gitu.

A. 4 cawan gandum ( guna cawan yg sama dgn air suam)
B. 1 sudu teh garam
C. 2 sudu besar bikarbonit soda
D. Butter agak2 2 jari dr sebuku butter

Bahan2 ABCD digaul sehingga jadi cam serdak dan rasa lembut d tangan

Selepas tu tuangkan bahan 1234 kedalam mangkuk ABCD gaul sehingga jadi doh. Doh ni mmg lembik sikit tau. Bila dah jadi doh biarkannya 1 jam u alls. Tutup dgn kain bersih. Biar dia alone tau jgn kacau....

SATU JAM KEMUDIAN 

Setelah bg privacy pd doh tadi dia akan naik dlm setengah kali ganda. Apakata kita tumbuk2 sikit bg lps geram.... sikit2 je tau tumpuk dia utk buang angin dlm doh tersebut.
Ambil sedikit doh yg dah berubah jadi mkn lemah lembut tu, canai. Lepas tu tekap guna apa2 acuan yg anda ada. Sy guna acuan biskut tart je. Lepas tekap bulat yg besar tekan guna yg kecik sikit utk buat lubang ditengah2. Selepas tu , tabur sikit tepung gandum di atas loyang dan susun donut mini yg separuh jadi tu. Susun dik cantik2 lepas tu tutup dgn plastik atau ngan tuala bersih. Bagi dia dok beramai2 d situ lebih kureng 30 minit lg.

Sabar2 dah nak siap ni....
Sambil tunggu 30 minit ni, korang layanlah apa2 drama ke, google resepi utk mkn malam ke. Nanti next show sy nak share resepi yg sy buat utk mkn mlm ni iaitu asam pedas seafood.

Eh dah 30 minit sudah......😁

Panaskan minyak masak, lepas minyak dah panas leh la goreng donut mini korang yg dah jadi gebu2 gitu( doh akn naik tinggi sikit dari yg korang canai tadi)
Kecilkan api pada taraf paling low. Kalau rasa byk sangat production yg telah d buat, goreng separuh masak je. Yg separuh masak tu korang leh frozenkan dan guna bila perlu. Yg nak d ngap goreng sampai golden. Toskan dan golekkan donut dlm icing sugar atau gula biasa yg korang kisar jadi halus.

Taddaa dah siap. Selamat menjamu dan berselera mkn bersama2 love ones.


Ni gamba2 yg sempat akak snap
Bahan2 ABCD
Bahan2 1234
Kedua duanya disatukan
Doh ditutup sejam
Ambil sikit doh yg dah lembut tu canaikan. Jangan nipis sangat, canai tebal sejari
Nampak x akak guna apa? Pakai je apa yg ada.kalau x de ni bentuk pakai tudung botol ke pakai tangan pun boleh


Susun dan tutup 30 minit. Doh ni akan naik sikit. Lps naik boleh lah goreng sampai kekuningan. Toskan minyak dan tabur gula halus. Bon appetit!!
 Jumpa lagi di keluaran yg akan datang.. selamat ber tadika. Kalau x pergi tadika cammana nak pandai baca ya tak. Sian cikgu sekolah rendah nak mengajar... eh melalut pulak. Peace on earth!!!!😍😍😍


No comments:

Post a Comment