Tuesday 19 July 2016

Resepi asam pedas seafood

Assalam. Kembali lagi dlm keluaran kedua page i... i gitu.....
Kali ni  akak nak share resepi yg di olah dari blog2 yg lain. Mohon share ya
Resepi ni tangkap  muat apa yg ada dlm fridge. Bahan yg terpaksa di sebut ialah...

1. Ikan pari@ ikan kembung @ tenggiri mana2 yg anda ada
2. Any seafood udang @ sotong
Basuh bersih dan ketepikan

Part 2 (ini untuk 4 orang makan)

A.Bawang merah 4 biji kalau kecil tambah sebiji dua lagi. Bawang merah ni its okay kalau lebih dia akan pekatkan kuah

B. Bawang putih 4 ulas

C. Serai 2 batang dititik/ dihenyak2 secukup rasa

D. Halia seinci atau separuh jari gitu...

E. Cili kering secukup rasa /10 tangkai

ABDE  ni semua d blend kasi lumat.serai yakni bahan C x pyh blend. Kalau blender korang x brapa mahal or kurang performancenya sila masukkan minyak masak sikit masa blend, jangan lupa masukkan air juga.x payah byk airnya cukup sebagai agen pelumat korang. Ada faham???

Part 3

Panas kan sesenduk minyak masak. Tumis bahan yg telah diblend tadi, dan serai.
Tumis ni perlu lama dan betul naik minyaknya. Kalau takot ter hangit sekali sekala masukkan air. Akak menumis ni biasanya dlm 10 /15 minit barulah okay.. masak asam pedas ni mengikut pengalaman taraf tadika akak, perlu ditumis sehingga kering dan masak betul2 cilinya. Baru ada umphh.
Setelah kering dan naik minyak bahan yg diblend tadi masukkan 
air asam jawa. Kalau pakai asam jawa adabi yg telah diproses tu, masuk dlm 1 setengah sudu mkn. Letak belacan sesudu teh kalau suka.Kacau2
Bila dah sebati kacauannya masuk dua cawan air
Bring it to boil. Bila dah boiling tu leh la masukkan ikan, bendi , terung dan tomato.
Biar dia mendidih sekejap. Masukkan air secukup kuah yg korang nak.Bila nampak bendi dan seangkatannya dah nak melembutkan diri, masukkan daun kesum,limau purut3/4 helai dan bunga kantan(potong 2 bunga ni dik non).masak kali ni akak x letak bunga kantan coz x de dalam simpanan. Next gaji baru akak beli..he he

Bila dah nampak daun kesum tu dah melayukan (melayu?) dirinya, sila campakkan udang dan sotong yg anda ada. Jangan lupa garam dan sedikit gula secukup rasa...pak ajinomoto pun ikot suka nak boh ke x. Akak x boh.Bila udang dah bertukar warna . Leh la tutup api tu. Udang x mau lama sangat masaknya nanti keras kejung.

Nota: kalau mahu asam pedas ni lagi kaw, masak malam sebelumnya. Perghhh sedap x terkata

Bahan2 utk di shopping
1.seafood secukupnya
2.bwg merah besar(4 biji)
3.bwg putih(4 ulas)
4.halia(seinci)
5.serai(2btg)
6.daun kesum(seikat kecil)
7.bunga kantan(1 bunga)
8.cili kering(10/15 biji)
9.limau purut(4 helai)
10.belacan(1 sudu teh)
11.asam jawa(1 setengah sudu makan)
12.Tomato 2 biji besar potong 4
 Rasa sendiri kalau kurang masam leh tambah lg asam jawa atau tomato

Hasilnya


  Jumpa lagi tau. Jangan lupa share dgn semua. Juga sila lah daftarkan diri anda dan anak anda di tadika akak. Insya Allah mesti pandai dan berilmu. Sama2 kita menimba ilmu di keluaran yang akan datang. Rasanya x mau masak, nak buat keras tangan taraf tadika lak. Bye2 jangan lupa cium tangan ibu ayah dan cikgu kalian .ewahh. 

No comments:

Post a Comment